Thursday, May 13, 2010

SETEGUH KOTA KASIH- 9

”Assalamualaikum. Awak marah ke? Maaflah, saya gurau je tadi. Maaf kalau melampau. Saya memang macam ni. Nakal sikit tapi tak jahat.” Fazrul cuba bermanis mulut dengan Intan apabila terlihat gadis itu sedang menyusukan Batrisya. Intan seolah-olah tidak mendengar kata-katanya.

‘Alahai dia ni..takkan lah aku cakap punya kuat pun tak dengar. Nak kata pekak tadi dengar jer. Ke..bisu..Betul-betul marah ni..’

“Tak apalah kalau awak tak nak bercakap dengan saya, tapi tolonglah maafkan saya. “ Apabila sedar tiada balasan dari Intan, Fazrul terus bangun dari kerusi dan pergi mendapatkan anak-anak yang sedang bermain bola di padang.

Intan dapat melihat dari jauh Fazrul bermain bola sepak dengan anak-anak di Sinar Hidayah. Terfikir juga olehnya bagaiman sebenarnya sikap lelaki itu. Guraunya melampau, dilihat hubungan dengan Umi, kelihatannya dia seorang anak yang baik.

‘Ah! Apa aku peduli. Bukan nak jadi laki aku pun. Hish! Intan..Intan..jauh kau mengelamun. Sampai ke situ pula.’ Intan senyum sendiri.

“Aik! Senyum sorang-sorang. Ada betul ka? Tarak betul?” Tanpa dia sedar, Fazrul berbongkok betul-betul dihadapannya. Sambil mencuit manja pipi Batrisya.

“Awak, kalau tak kacau saya boleh tak? Saya tak kenal awak. Tak berminat pun nak kenal awak.” Panas juga hatinya. Sudah dua kali Fazrul mengganggunya.

“Boleh cakap rupanya.Awak kenal Umi. Kita tak kenal, tapi boleh kenal. Saya, Fazrul. Umi tu, ibu saya. Takkan awak tak nak kenal dengan pemilik Sinar Hidayah kot..” Pantas Intan memandang Fazrul. Teringat kata Umi bahawa Sinar Hidayah adalah rancangan dan hasil usaha anak keduanya. Tapi, tak disangka-sangka pula lelaki yang nakal ini pemilik Sinar Hidayah.

“Saya, Intan.” Ringkas sahaja.

“Dah lama di sini? Maksud saya..awak bertugas di sini.”

“Hampir 6 bulan.”

“Lama juga ya..Maksudnya, masa saya balik beraya dulu awak dah ada kat sini. Tapi tak pernah pula jumpa kan..Umi pun tak pernah bercerita tetang sukarelawan muda ni.” Fazrul memerhati tingkah-laku Intan. Sedikit kekok pergerakannya apabila terasa diperhatikan.

“Ok lah, Isya dah tidur. Saya balik dulu.” Intan sudah tidak selesa berada lebih lama di situ.

“Macam-mana saya nak contact cik Intan? Have any number?”

“No.. you don’t have to. Ada masa, mesti jumpa lagi.” Selepas menemui Umi Hamimah, cepat-cepat enjin Suzuki Swift dihidupkan. Fazrul masih lagi memerhati dari pintu masuk Sinar Hidayah.

‘Lain macam je rasa..rasa macam..nak angau lah pulak’ Fazrul senyum sendiri. Tak tahu kenapa.Hatinya mudah terpikat pada gadis yang seorang ini. Sedangkan, selepas kematian tunangannya 2 tahun dulu dia tidak pernah terlibat dengan mana-mana perempuan. Puas Umi Hamimah kenalkan dengan ramai anak kenalannya tapi tidak satu pun melekat dihati. Sampaikan Umi Hamimah sudah serik untuk memperjodohkan anaknya yang seorang ini.

”Umi, Intan tu dah lama jadi sukarelawan kat tempat kita?” Tiba-tiba Fazrul bertanya pada ibunya semasa mereka sedang sibuk menyusun atur pasu bunga di Laman Mustika.

“Adalah dalam 6 bulan kot. Umi pun dah lupa. Kenapa?” Terasa pelik pula Umi Hamimah dengan pertanyaan anaknya. Pertama kali anaknya seperti berminat dengan kenalannya.

“Dia dah kawin ke Umi? Bertunang ker? Atau pun dah ada boyfriend ke..” Umi Hamimah memandang wajah anaknya. Tersenyum-senyum dia sendiri. ‘Normal lagi rupanya anak aku ni. Alhamdulillah..’

“Apa kata kalau Fazrul tanya sendiri pada Intan?”

“Ish, Umi ni. Malu lah kalau macam tu..Dah lama Fazrul bersara pikat memikat ni. Nak pikat Dania dulu pun susah tau Umi.” Tiba-tiba pula nama bekas tunangannya dulu terlepas dari bibirnya. Kelihatan Fazrul terdiam sebentar. Teringat kembali saat-saat bersama.

Sikap Dania yang jual mahal menyebabkan Fazrul terus meminta arwah abinya menghantar rombongan meminang. Nasib baik juga masa itu pinangannya di terima. Seminggu sebelum hari perkahwinan mereka, kereta yang di pandu Fazrul bertembung dengan dua buah kereta lain dan Dania telah terkorban dalam nahas itu. Hampir 2 tahun keluarga Dania menyalahkan Fazrul dengan kematian anak sulong mereka. Kerana itulah Fazrul membawa diri ke Ireland. Menyambung pelajarannya dalam bidang perakaunan.

Kini, setelah keluarga Dania dapat menerima pemergian anak mereka, barulah Umi Hamimah dapat melihat kembali keceriaan anaknya itu.

“Fazrul, yang dah pergi tu biarlah pergi. Kita doakan untuk Dania.” Disentuh bahu anaknya. Kemudian ditepuk perlahan-lahan.

“Apa kata, umi hantar rombongan meminang Intan?”

“Fazrul jangan nak buat lagi. Umi tak nak macam tu. Kalau nak, kenal-kenal dulu. Buatnya kalau masuk meminang, di tolak pula. Tak malu ker? Dah lah baru kenal tak sampai sehari.” Berkerut-kerut dahi Umi Hamimah dengan permintaan anaknya.

“Memanglah belum sehari umi.. Tapi dah lima jam, empat puluh tiga minit kenal.” Sambil ketawa,Fazrul cuba bergurau dengan Umi Hamimah.

“Kenal tak sampai dua puluh minit pun..umi nampak tadi macam-mana Intan kelam kabut balik. Agaknya takut dengan Fazrul” Umi Hamimah ketawa lagi. Sejak dua anak perempuannya sudah berkahwin, tawanya hanya hadir dengan kehadiran warga Sinar Hidayah. Kini, dia tersenyum puas apabila pujukannya agar Fazrul pulang ke Malaysia berhasil.

“A’ah umi..Dia takut tergoda. Macam susah je nak dapat umi. Entah-entah dah ada yang punya kot.”

“Sebab tu umi kata, tanya dia sendiri. Umi ada nombor telefon Intan. Nak?”saja mahu menduga anak terunanya. Fazrul tersenyum-senyum.

“Nanti Fazrul buat puding cocktail kegemaran umi yer..” tersengih-sengih mengambil hati si ibu..

“Eleh.. nak buat baik lah tu. Puding umi nak, tapi bayak lagi cabarannya sebelum dapat nombor telefon Intan. Tu..angkat semua pasu ke laman depan.Lepas tu belajar-belajar jaga Batrisya. Tempoh ujian dua hari.” Umi Hamimah saja mahu menguji anaknya. Dia tahu sangat Fazrul memang sukakan budak-budak. Namun, belum pernah menjaga bayi. Inikan pula baru berusia dua minggu.

Fazrul menyambut baik semua permintaan ibunya. Sekurang-kurangnya, dia boleh belajar menjaga bayi sedangkan selama ini cuma berani mencuit. Dukung tidak pernah sekali. Bila di fikir, dia bersyukur Intan tidak memberikan Batrisya kepadanya dulu, mesti ditertawakan andai Intan tahu dia tidak tahu mendukung bayi.

No comments:

Post a Comment