Thursday, May 13, 2010

SETEGUH KOTA KASIH- 2

Rumah merangkap hostel yang didiami tampak selesa bagi penghuninya. Anak dara berenam juga seronok dengan kehidupan mereka. Makan bersama, bercerita, dan kadang-kadang tidur tidak penting lagi asalkan mereka dapat luangkan masa bersama. Eva Natalia, Farah Akma, Sarah Farhana, Nadia Nadhirah Alisya, Nur Effa Felisya dan Intan Safiah Evora. Hidup bersama bagaikan satu kesempurnaan. Seorang hilang, heboh mencari.

Waktu yang paling sesuai untuk mereka ‘enjoy’ dan bersama ialah hujung minggu. Kemas rumah bersama dengan bunyi radio yang paling kuat. Dan masak bersama. Kecoh rumah.

“Arini Sarah masak ek. Kau masak sedap. He..he..he..” Natalia tersengih-sengeh memuji teman sebiliknya.

“ Korang kenalah tolong..takkan aku sorang jer..” sambil mengemas buku di katil. Tampak tenang walaupun masing penat dengan kerja rumah tadi.

“ Kau tidur dulu..mesti lepas ni boleh masak sedap-sedap. Aku tahu..Sarah memang kena cukup tidur baru boleh sambung kerja..ha..ha..ha.” Sarah hampir mengejar Effa. Cepat-cepat dia lari ke bilik dan menutup pintu.

“ Intan, bangunlah. Kau ni kalau dah membuta tak ingat dunia.Bangunlah. Dah pukul 10 pagi ni. Aku tahulah kau free arini.Jom teman aku pergi pekan jap.Jom lah..”sedikit memujuk sambil menggoyang-goyangkan kaki Intan.Masih ingat pesan mama, bangunkan orang tidur melalui kakinya. Barulah orang tidak terkejut.

“Effa, tolong…lah. Aku merayu pada kau. Bagilah aku tidur satu jam lagi. Aku baru jer tidur lepas subuh tadi. Tolonglah…”Dalam keadaan mamai masih boleh merayu pada sahabatnya yang sorang itu.

“Bangunlah..please..”

“Ok, 45minit lagi”

“Aku ada hal penting ni kat pekan..please..”Effa masih tidak berganjak dari katil Intan.

“Ok, setengah jam? Nanti kau kejutkan aku lagi k..please.” Intan rasa badannya penat sangat lepas menyiapkan proposal untuk hari terbuka universiti. Terlalu banyak yang difikirnya minggu ini. Kertas kerja yang belum siap, proposal yang telah kali ke-3 ditolak akibat melebihi belanjawan yang ditetepkan. ‘Kalau kena reject lagi, I’m give up. Nak buat macam-macam, tapi belanjawan dihadkan dengan melampau. Huh! ’.

“Intan, bangunlah..dah lebih setengah jam ni..” Effa yang tadinya keluar ke ruang tamu tiba-tiba masuk kembali selepas beberapa minit.

“Jangan tipu aku yer, aku belum lagi pejam mata tadi. Kau dah masuk balik. Tolonglah faham keadaan aku ni..tolonglah..”Tapi akhirnya Intan bersiap juga untuk membawa Effa ke pekan.

Betapa panasnya hati Intan bila mengetahui motif utama Effa adalah untuk makan masakan mamak di pekan. Katanya sudah tidak tahan mendengar dari teman-teman betapa sedapnya rasa ayam berempah di restoran tersebut. Effa tahu sahabatnya marah, tapi dibuatnya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Apa yang dia tahu, Intan dapat dipujuk dengan ‘cheese cake’ ataupun coklat dan itu pasti awal-awal dia sudah bersedia. Setelah perutnya diisi, gembira sungguh gadis kecik molek itu.

“Terima kasih sebab sudi teman aku ek..he..hee..situ ada kedai kek. Nak pergi tak?” Intan yang muka masam mencuka tadi menunjukkan kegembiraan. Maklumlah, dia tidak suka dengan makanan yang berempah. Bagaimana mahu diikut selera Effa tadi.

“Sarah dah masak kat rumah tu.. aku tak pe, belum makan lagi. Kecik hati minah tu nanti kau tak makan dia masak”

“ Aku makanlah lagi. Kau bukan tak tahu..aku kan ratu makan. He..he..”sambil mengambil kotak kek dari kaunter. ‘Buat apalah minah ni beli sampai sebiji kek. Kot ye pun nak ambil hati aku, takkan macam ni sekali. Ker..birthday siapa pulak ni?’

No comments:

Post a Comment