Thursday, May 13, 2010

SETEGUH KOTA KASIH- 4

“Geramnya aku! Kau tahu tak? Kerja macam ni pun, kalau kau tak boleh buat balik duk kat rumah jer. Tak payah kerja. Kalau kerja pun menyusahkan orang aje!” satu pejabat boleh mendengar suara Natasya memarahi salah seorang pekerja. Pejabat itu bukanlah milik ayahnya, atau keluarganya. Tetapi, kelakuan yang berlagak membuatkan semua orang tidak menyenangi Natasya Edlisya.

Kadang yang melihat pasti tertanya, anak Dato’ mana dia ini. Kerjanya setiausaha, tapi semacam dia lah bos bila bos tiada.

“Kenapa dengan kau ni Tasya? Melenting ajer hari ni. Apa yang tak kena? Gaduh ngan boyfriend ker?” Macam biasalah, bila ada sahaja yang ‘bad mood’ anak kepada En. Johan Tan Abdullah ini lah yang selalu sibuk bertanya. Dahulunya jika mahu mendengar suaranya pun bagai mencari emas di lombong bijih timah. Tapi sekarang, tak perlu orang lain mula, ada sahaja yang jadi bahan bualannya. Sikapnya itu menyenangkan semua orang di pejabat kecuali majikannya. Dia pun tidak tahu apa kesalahan yang pernah dibuat, tapi yang pasti bila pertama kali melihat Intan, bosnya sudah mula marah-marah. ‘Nampak muda, tapi bebelnya mengalahkan mak nenek. Tak kawinlah tu sampai tua. Eh, jahat pulak aku. Ya Allah, ampuni aku..’

“Lia tu. Aku suruh taip surat yang dah bagi contoh pun masih salah lagi. Tak tahulah apa masalah dia. Nak kata aku tak tunjuk, dah masuk kali ke-3 aku ajar. Siap tolong taip pendahuluan pulak tu. Dahlah nak guna petang ni. Manalah aku tak marah.” Natasya masih menghabiskan saki-baki kemarahannya. Dipandang pembantunya berulang-kali dengan ekor matanya yang tajam. Mahu kecut perut gadis genit yang takut tak ubah seperti dimarah oleh seorang emak pada anaknya.

“Kau boleh sabar tak? Cubalah cakap elok-elok. Mungkin dia ada masalah tu.” Intan berkali-kali memandang Lia. Kelihatan seperti orang yang bermasalah. Setelah kemarahan Natasya reda, Intan kembali ke biliknya. Namun, disebalik cermin kaca dapat dilihat muka Lia yang seperti tidak bermaya dan bermasalah. Hatinya terdetik untuk mengetahui masalah yang dihadapi oleh pekerjanya itu.

“Lia, maafkan akak bertanya.” Lia memandang Intan dan mengangguk. Tapi tidak bersuara.

“Lia ada masalah? Boleh akak tahu? Itupun kalau Lia tak keberatan untuk bercerita. Akak tengok dari tadi Lia asyik termenung. Keadaan ini tak baik untuk kesihatan dan juga prestasi kerja.” Lia hanya merenung foto yang melekat pada dinding di ruang mejanya.

“Maafkan Lia kak. Lia memang tak boleh tumpu pada kerja. Mak sakit. Lia risau. Tiap malam Lia akan jaga mak di hospital. Jam7 pagi, Lia balik ke rumah dan bersiap untuk kerja. Keadaan ni dah berlarutan dah hampir dua minggu.”Kelihatan Lia dah hamper menangis. Intan menepuk-nepuk bahunya.”

“Lia dah ambil cuti seminggu masa akak kursus hari tu” sambung Lia lagi. Lia Amira sebenarnya junior kepada Intan semasa di universiti. Mereka kenal semasa “Minggu Tekad Siswa”. Itupun setelah Lia tertangkap bersama rakan-rakan serumah apabila tidak bersolat jemaah di masjid.

Sejak dari itu, Lia pasti akan berkongsi dengan Intan suka dan duka. Intan juga tahu ayah Lia telah meniggalkan ibunya ketika ibu Lia mengandungkan adiknya yang ke-2. keluarga mereka hidup susah kerana sikap ayah yang tidak bertanggungjawab. Apabila Lia berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti, wang pinjaman yang diperolehi digunakan unutuk menampung pengajiannya dan adik-adik. Ini termasuk juga belanja keluarga. Ibunya juga mengambil upah sebagai penoreh getah dan menjahit baju.

“ Lia ambil lah cuti seminggu dua. Akak akan pastikan gaji Lia berjalan seperti biasa.” Ada senyuman dibibir gadis itu. Muka yang tadinya sugul sudah menampakkan ceria.

‘Betapa banyaknya pengorbanan anak ini kepada keluarganya. Dari zaman persekolahan terpaksa menanggung beban menjaga keluarga sedangkan remaja itu sepatutnya bersama rakan-rakan, menghabiskan masa remaja bersama. Alangkah bahagianya kalau aku berkesempatan seperti itu..’ Luahan hatinya yang terbuku sendiri sejak sekian lama..

No comments:

Post a Comment