Thursday, May 13, 2010

SETEGUH KOTA KASIH- 5

Ibu bapa Intan sibuk dengan hal masing-masing sejak dia mengenali mereka. Ibu kandungnya telah meninggal sebaik sahaja melahirkannya. Sejak dari itu, abah tidak memberi perhatian kepadanya. Cuma perbelanjaan makan dan pakaian sahaja yang menjadi tanggungjawabnya. Selainnya, pembantu rumah yang merangkap ibu angkat menjaganya dari kecil. Sehinggakan dia memanggil Mak Eno dengan panggilan mak.

Orang tua itu pula sudah biasa dengan panggilan itu sejak Intan berusia setahun dan pandai bercakap. Perkataan mak adalah yang pertama disebut. Tidak pernah disebut abah sehinggalah berusia 4 tahun kerana masa itulah Mak Eno menbawa Intan kembali ke rumah ayahnya. Sebelum itu, ayahnya seperti mahu membuang Intan terus dari hidupnya kerana pada fikirannya, Intan adalah penyebab kepada pemergian isteri tercinta.

Pada pertama kali Intan menjejakkan kaki ke rumah ayahnya, walaupun sedikit wajah anak itu tidak dipandang oleh ayahnya sendiri.Hanya mamanya yang menyambut kedatangan Intan pada masa itu. Sampai sekarang, hanya mama dan Mak Eno yang melayan setiap karenah Intan bila balik kerumah ayahnya. Tapi bagi Intan, tinggal sendiri lebih selesa. Jadi, tidak perlulah dia bersemuka dengan orang yang amat membencinya.

Intan cukup bahagia kerana pernah menerima nota peninggalan ibunya di salah sebuah laci di kamarnya..Sememangnya bilik itu memang telah di khaskan untuk puteri mereka yang bakal lahir.

Assalamualaikum w. b.t

Sayangku Intan Safiah Avora bt Johan Tan Abdullah,

Indah sungguh nama itu kan sayang? Ibu yang pilih nama itu untuk puteri kesayangan ibu. Ibu sakit, mungkin ibu tak sempat untuk melihat wajah puteri kesayangan ibu ini, tapi percayalah sayang..ibu menyayangimu sebagaimana ibu menyayangi abahmu..malah, lebih lagi..

Sayangku,

Setiap yang berlaku adalah ketentuan ALLAH s.w.t. Intan tidak dapat bertemu dengan ibu juga disebabkan oleh ketentuan ALLAH. Darinya kita datang, kepadanya jua kita akan kembali.

Sayangku,

Jagalah dirimu..jaga maruah..jadilah anak yang baik dan khalifah di muka bumi ini yang taat. Ibu bersyukur kerana telah ditakdirkan bertemu dengan abahmu. Walaupun kami sama-sama mualaf, tapi abah Intan selalu bawa ibu mendalami Agama Islam di masjid. Kami sama-sama belajar. Percayalah sayang, abahmu seorang yang penyayang.

Sayangku,

Jagalah abahmu bila ibu tiada lagi di sisi..mama Ainun akan menjaga Intan seperti anaknya sendiri. Itu janjinya pada ibu dan abah. Bila dewasa kelak, jadilah orang yang berguna kepada negara, agama dan bangsa.

Sayang tahu tak? Ibu orang Perancis, dan abahmu orang Cina. Tapi kami mengamalkan adab dan kehidupan orang Melayu. Kerana itulah ibu fasih bertutur dan menulis Bahasa Melayu.

Ibu jumpa dengan abah Intan juga kerana keindahan Bahasa Melayu. Waktu itu, ibu perterjemah buku-buku Melayu kepada Bahasa Perancis. Mungkin sebab itu abah suka pada ibu.. Ibu ingin Intan juga seperti ibu. Belajar selagi berdaya..”Tuntut ilmu sampai ke liang lahad sayang..”

Sayang..

Berbuat baiklah kepada semua orang walaupun sejahat manapun orang itu. Pasti balasan baik dibalas ALLAH.Sikap rendah diri juga dipandang mulia di sisi ALLAH.. Ibu yakin Intan akan jadi anak yang baik. INSYAALLAH, puteri ibu akan sentiasa dibawah lindungannya..itu doa ibu..Intan jangan lupa sedekahkan ibu surah AL-Fatihah setiap kali teringatkan ibu ya sayang..doakan ibu..

Sayang,

Ibu terpaksa mengundurkan diri..Ibu terlalu sayangkan Intan. Terlalu sayang..

Jaga dirimu..jaga peribadi..jaga maruah diri dan keluarga..

Salam Sayang Buat Puteriku yang satu,

Ibu

Setiap kali menatap surat pemberian ibunya, Intan pasti akan mengahadiahkan surah Al-Fatihah. Surat pemberian ibu dibingkaikan dan menghiasi ruang kamarnya.

“Abang..anak kita nanti akan tidur di sini..mesti comel kan.”sambil dibelai-belai bantai di dalam katil bayi.” Suaminya Encik Johan Tan Abdullah memandang. Dikucupnya dahi si isteri. Jelas terpancar betapa kasih dan sayangnya kepada Puan Varonica Avora atau nama melayunya Nur Rahayu Avora. Isterinya itu merupakan wanita berdarah Perancis yang dikenalinya 6 tahun lalu semasa menuntut di sana.

“Ya, sayang..anak kita ini akan menjadi tanda kasih kita berdua.”

“Abang berjanji ya, akan jaga anak kita dengan penuh kasih sayang. Walaupun bila sayang tak lagi bersama ya abang..janji ya..” Puan Nur Rahayu memandang suaminya dengan penuh berharap. Encik Johan kelihatan tergamam dengan permintaan isterinya. Terlalu kasih kepada isteri membuatkan dia lupa mengenai masalah jantung yang dihadapi oleh isterinya sejak kecil.

Lama ditenung wajah isterinya. Puan Rahayu masih lagi mengharapkan jawapan dari suaminya. Perlahan-lahan si suami menggangguk lalu dipeluk insan yang paling disayangi.

Puan Rahayu meninggal dunia selepas dua minggu melahirkan Intan. Sempat dia menyusukan puteri kesayangannya walaupun keadaannya yang tenat. Saat itu, dia menolak segala jenis ubat kerana takut akan memberi kesan kepada bayinya. Walaupun puas dipujuk, namun baginya peluang untuk hidup tipis. Dia cuma mahu bersama orang-orang yang dicintai dalam saki-baki masa yang tinggal. Puan Nur Rahayu meninggal dalam keaadaan yang cukup tenang.

Sejak dari itu, Encik Johan mengalami kemurungan. Selepas pemergian isteri pertamanya, walaupun sekali tidak pernah dipandang wajah puteri sulungnya. Isteri kedua, Puan Ainun cuba mengembalikan rasa cinta pada Intan tapi, bukan semudah itu. Pernah sekali Puan Ainun yang mendukung Intan cuba diberikan kepada Encik Johan. Namun, ditolaknya. Hampir terjatuh kedua-dua mereka.

Selepas kejadian itu, Puan Ainun menyerahkan Intan ke bawah jagaan Mak Eno agar keselamatannya terjaga. Segala kebajikan Intan dijaga oleh ibu tirinya.

No comments:

Post a Comment