Thursday, May 13, 2010

SETEGUH KOTA KASIH- 6

“Assalamualaikum..”diberi salam sebaik sahaja Intan sampai di Banglo Indah Mutiara. Terbongkok-bongkok membuka kasutnya di pintu yang terbuka.

“Waalaikumussalam..” Jawab Mak Eno sambil menjenguk-jenguk dari dapur. ‘Siapa agaknya yang datang petang-petang macam ni’

“Intan!! Sayang mak dah balik!” lantas dipeluk satu-satunya anak kesayangannya. Cukup gembira hatinya. Sekurang-kurangnya, akan ada teman berbual. Kalau tidak dengan tukang kebun, tukang mesin rumput yang datang dua minggu sekali menjadi teman berbualnya.

“Kenapa tak bagitahu nak balik boleh mak masakkan asam pedas kegemaran Intan”

“Tak apalah mak, Intan balik pun sebab dah rindukan mak sangat-sangat. Mama ada? Adik-adik mana? Sunyi je rumah ni..” sembil mata melilau mencari kelibat orang lain di rumah banglo besar itu.

“Rumah ni memang besar, tapi yang tinggal cuma ibu sorang je..Intan pun jarang-jarang balik. Abah dan mama masing-masing sibuk dengan kerja. Mama Intan tu baru jer buka butik baru di KLCC. Adik-adik, ibu tak tahu lah macam-mana nak cakap. Kadang balik, kadang tak. Disuruh sambung belajar, dua-dua tak mahu” Sedikit kecewa dalam nadanya. Intan hanya tekun mendengar. Faham sangat dengan situasi keluarganya. Macam-macam yang tidak kena.

“Intan, fikir apa? Termenung dari tadi.” Mak Eno yang dari tadi memerhati akhirnya bertanya. ‘kesian anak ini..sudah 25 tahun tapi kehadirannya masih belum dapat diterima oleh ayah kandung sendiri. Intan bercakap dengannya pun tidak, ini kan pula menyakiti hatinya. Macam-macam jenis manusia dalam dunia ni.’ Masih dia ingat sewaktu Intan berusia 12 tahun.

“Mak..” Intan diam sebentar. Diteguknya air oren sunquick perlahan-lahan. Mak Eno masih menanti kata-kata seterusnya dari satu-satunya anak kesayangannya itu.

“Kalau Intan tak lahir dulu, mesti abah masih gembira bersama ibu Intan. Ibu pun mesti tak mati kan?” Mak Eno merenung wajah itu. Rupanya anak itu faham apa yang berlaku dalam hidupnya.

“Ish, jangan cakap macam tu.Intan,ajal maut dan kehidupan kita adalah ketentuan Allah. Mak selalu bagitahu Intan kan? Ibu Intan Meninggal bukan sebab Intan, tapi sebab sudah menjadi ajal baginya. Allah sudah tetapkan yang dia akan meninggal sebaik sahaja melahirkan Intan. Semuanya bukan salah Intan, sayang.” Cepat-cepat Mak Eno sapu air matanya yang mula menitis. ‘Apalah nasib anak ini nanti. Di perlakukan begini oleh ayah sendiri’

Mak Eno masih memerhatikan Intan yang termenung. Tidak dijawab apabila ditanya. Mak Eno faham sangat dengan anaknya itu. Bukan tidak dengar, dia akan balas sebaik sahaja sedar dari lamunannya.

“Mak, siapa yang akan walikan Intan kalau Intan nak berkahwin nanti? Dipandangnya Ibu kesayangannya.

“Intan nak kahwin ke? Dengan siapa? “Jelas kegembiraan yang tidak dapat ditandingi terserlah dari wajahnya.’ Sekurang-kurangnya, ada orang yang akan menjaga Intan sebaik sahaja aku pergi menemui Ilahi. Dapatlah aku pergi dengan tenang.Aku bukannya muda lagi..’

“Mak..Intan Cuma bertanya. Belum ada lagi..Jawablah mak ..”Dengan senyuman yang amat manis, Intan mengharapkan jawapan dari ibunya. Soalan itu sudah lama bersarang dalam benaknya. Cuma menunggu untuk jawapan. Hari ini, dia berharap akan mendapat jawapannya.

“Ibu, betul ke abah tu ayah kandung Intan? Jika bukan, akan berwalikan hakim. Tapi, jika ayah kandung, Intan rasa tetap akan berwalikan hakim. Betulkan mak? Macam-mana kalau keluarga bakal suami Intan tak boleh terima? Mesti orang akan anggap Intan anak pungut.” Intan Safiah Evora seolah-olah sudah hilang semangat. Begitulah keadaannya apabila terfikir tentang itu semua. Tapi, dia harus bersedia sebelum hal itu benar-benar berlaku pada suatu hari nanti.

Mak Eno terkejut dengan pertanyaan anaknya. Tidak sangka Intan akan bertanya soalan sebegitu. Jelaslah Intan mula terasa dengan sikap ayah.

“Intan..jangan cakap macam tu. Intan anak mak. Malahan Intan ada tiga orang ibu. Dua orang ibu yang masih ada ini akan pastikan Intan akan hidup sempurna. Mama dah janji dengan ibu akan pastikan Intan dapat hak-hak yang sepatutnya.” Mak Eno cuba untuk menbina semula keyakinan Intan terhadap ayahnya.

‘Mak janji Intan, abah akan terima Intan pada suatu hari nanti dan seterusnya akan menjadi wali perkahwinan Intan.’

“Intan masih ingat tak cerita pasal ibu dan abah Intan yang mama cerita dulu?”Intan mengangguk.

“Tapi Intan tak faham bila abah kahwin dengan mama? Semasa ibu masih ada ke?”dipandang lagi ibunya.

“Ibu Intan yang minta abah kahwin sebelum dia pergi. Alasannya, dapat menjaga abah Intan pada masa akan datang. Mama Intan tu, kawan baik ibu. Mulia betul hati ibu Intan kan? Intan jadilah macam ibu, dia seorang yang lemah lembut, baik hati, penyayang dan setia.” Intan tersenyum mendengar pujian itu.

‘Alangkah bahagianya kalau Intan sempat mengingati wajah ibu, saat ibu menyusukan Intan..’ Lantas di ambil foto lama ibunya dalam tas tangan.Dia akui, parasnya cukup mirip dengan ibunya.kecuali rambutnya yang hitam seperti abahnya.

Telefon bimbit yang berbunyi disambut Intan. Kedengaran suara seorang lelaki di talian. Ingin berkenalan katanya. Sudah beberapa kali orang itu menalifon. Setiap kali, Intan bertanya siapa tapi hanya perkenalkan dirinya sebagai Ijoi. Tidak juga memberi tahu dari mana diperolehi nombor telefon Intan. Cuma katanya, jika sudah jodoh pertemuan tidak penting lagi bagaimana berjumpa.

“Intan, kalau tak kenal jangan dilayan. Manalah tahu orang tu ada berniat jahat. Kita tak tahu kan?” Intan tersenyum kelat mendengar nasihat ibunya.

“Tapi katakanlah kalau Intan tak layan, sedangkan itu jodoh Intan. Macam-mana ibu? Kang tak pasal-pasal terlepas jodoh..” Intan cuba menenangkan kerisauan ibunya. Dia faham sangat dengan ibunya. Kalau risau, nanti semua kerja tidak jadi. Dicubitnya pipi anak kesayangan.

“Dah besar panjang pun nakal lagi..pergi mandilah. Apa anak dara macam ni. Tah bila nak kahwin ni.” Mak Eno mengomel dalam senyumannya.

“Eh, anak mama bila sampai? Lama betul Intan tak datang sini.Mama rindu tau.” cepat-cepat Intan bersalam dan mencium mamanya. Puan Ainun membalas.

“Baru je sampai mama. Intan pun rindu sangat kat mama.”Dipandangnya anak itu, dan dikerlingnya pada En. Johan. Intan faham isyarat mamanya. Pasti mahu dia menyalami abahnya. Intan akur. En.Johan menyambut bila Intan menyalaminya namun dengan sebarang senyuman. Terus berjalan ke tingkat atas rumah. Namun begitu, Intan bersyukur kerana sekurang-kurangnya walaupun tidak suka abah tidak pernah memaki-hamun macam sesetengah orang.

Masih ingat lagi waktu hari pertama mendaftar di universiti. Mama bersungguh-sungguh mahu menemani Intan. Namun En. Johan memberi alasan bahawa dia sibuk. Itu pun nasib baik dihantarnya Intan setelah dipujuk oleh isterinya.

“Abang, sampai bila abang nak hukum Intan? Semua yang berlaku bukan salah dia. Abang tahu kan? Kesian Intan.Sudah hampir 25tahun. Tapi abang masih tak boleh terima dia.” Puan Ainun cuba untuk berbicara dengan suaminya. Suami yang pendiam itu hanya memandangnya kemudian mengambil tuala dan terus ke bilik mandi. Puan Ainun mendengus sendiri. Sudah mati akal untuk memujuk suaminya. Bagai sudah diprogramkan dalam pemikirannya bahawa Intan adalah musuh.Bukan sahaja bercakap, malah memandangnya juga tidak. Puan Ainun terduduk dibirai katil.

“Abang bukan benci. Abang tidak pernah membenci Intan.” Tiba-tiba En. Johan keluar dari bilik air. Mendengar ucapannya, lega hati si isteri.

“Cuma setiap kali memandang Intan, abang teringat keperitan Ayu bertarung dengan maut. Kalau dia tak berdegil nak menyusukan Intan, mesti dia selamat sebab abang dah carikan Ayu doktor yang terbaik.”terdengar esakan suami. Jelas menunjukkan En.Johan masih merindui isterinya pertamanya.. Puan Ainun cuba mententeramkan suaminya. Namun esakannya makin kuat.

“Wajah Intan saling tak tumpah seperti ibunya kan?”masih merenung wajah suaminya.

“Kerana saling tak tumpah buat saya tak dapat nak menerimanya. Awak fahamkan betapa sayang dan cintanya saya pada Ayu?” Puan Ainun berasa sedikit cemburu. Walaupun sudah hampir 25 tahun pemergian Puan Rahayu, cinta suaminya tidak pernah luntur. Puan Ainun hanya terdiam.

“ Sayang jangan risau, sayang dan cinta abang pada sayang dan Ayu sama. Abang tak pernah beza-bezakan. Abang cuma akan teringat balik cerita-cerita lama kalau terpandang Intan. Kalau itu berlaku, abang boleh hilang tumpuan pada kerja-kerja lain. Abang harap, sayang faham.” En. Johan yang tadinya berdiri dan mengadap jendela memandang isterinya yang duduk di birai katil. Dia dapat membaca perubahan wajah isterinya tadi. Dirapati si isteri..

“Abang tahu, suatu hari nanti abang pasti dan terima Intan. Cuma bukan sekarang.” Puan Ainun hanya memandang.’ Ya Allah, kau bukakanlah hati suami ku untuk menerima anaknya sendiri..ku mohon darimu..ya Allah..’ En. Johan telah berlalu untuk menunaikan solat Asar.

No comments:

Post a Comment