Thursday, May 13, 2010

SETEGUH KOTA KASIH- 1

Ada apa dengan CINTA?’ Sesetengah pendapat mengatakan cinta lahir dari hati yang tulus ikhlas.Kadang-kala tidak disedari oleh individu tersebut. Sesetengah pendapat pula berpendapat bahawa cinta merupakan suatu perasaan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Malahan, tidak dapat digambarkan atau diumpamakan dengan apa jua sekalipun. Dari kasih dan sayang, wujudnya cinta. Tapi mengapa sesetengah individu tidak percaya pada cinta? Mungkinkah kerana pengalaman? Mungkin mereka pernah dikecewakan atau mungkin peristiwa pahit yang membuat mereka serik untuk merasai cinta untuk kesekian kalinya. CINTA..andai tanpa cinta, tidak mungkin ALLAH mengurniakan Nabi Adam a.s dengan kebijaksanaan. Andai tanpa cinta ALLAH kepada Adam, tidak mungkin akan diciptakanNya Hawa bagi menemani Adam. Tanpa cinta, tidak mungkin akan wujudnya sekalian manusia di bumi pinjaman ALLAH ini kerana wujudnya manusia adalah hasil cinta Adam dan Hawa.

Ada apa dengan cinta? Kau ni terpengaruh dengan cerita Indon ke? Itulah, dah banyak kali aku pesan, kurang-kurangkanlah tengok cerita Indon. Macamlah Malaysia ni dah ketandusan drama. Pagi, drama Indon. Tengahari pun layan juga. Petang pun ada.” Effa membebel pada rakan sebiliknya sambil mengunyah biskut.

Effa sudah faham sangat dengan sahabatnya yang seorang ni, pantang ada masa terluang pasti bersama ‘laptop’ kesayangannya. Kalau tidak menaip kertas kerja atau cerpen, pasti bermain ‘games’. Kalau tidak pun, pasti novel ditangan.

“Syuu..jangan kacau lah. Lari semua idea aku tadi. Please…lah, kau makan boleh tak jangan bercakap? Bersembur tau” sambil mengelap komputernya dengan tisu. Mulutnya kumat-kamit menunjukkan tidak puas hati dengan sahabatnya itu. Effa pula cuma membalas dengan senyum yang dibuat-buat.

Ala..janganlah marah cayang..” Dengan gaya menggoda ala-ala menarik minat lelaki. Saja ingin mempermainkan sahabatnya. Mulanya Intan tidak mengendahkan Effa, cuba ditahan tawanya. Tapi, akhirnya Intan tidak tertahan lagi lawak yang dibuat Effa. Ketawanya sampai berguling-guling di katil.

“Ha..ha..ha..Kau tolonglah Effa, jangan buat lawak macam tu. Kalau orang tengok aku gelakkan kau, mesti orang kata aku dah gila” menghabiskan saki-baki tawanya.

Effa yang sentiasa membawa ceria dalam hidup Intan sejak mereka pertama kali mendaftar di universiti. Waktu itu, masing-masing dengan seribu pertanyaan untuk melangkah ke alam baru. Jauh dari rumah, berjauhan dari keluarga, dan tiada lagi ibu bapa di sisi.

“Assalamualaikum. Hai, pekaba?” Sapa Intan cuba untuk bermesra apabila ternampak Effa baru selesai mendaftar di kaunter pendaftaran. Semestinya belum dikenali gadis kecil molek itu. Pada pengamatannya, gadis ini boleh di ajak berbual memandangkan mulutnya sentiasa manis berbicara dengan ‘staff’ yang bertugas.

“Waalaikumussalam. Sihat, alhamdulillah. Pelajar baru juga? Falkulti mana?” Senyum tidak pernah lekang dari bibir gadis itu. Pertanyaan yang baik, baik juga balasannya. Intan memang ingin sekali berkenalan dengan rakan baru itu. Firasatnya kuat menyatakan yang dia boleh bersahabat dengan kenalan yang baru ditemuinya. Kata orang, ‘first impression’ boleh buat orang berubah tanggapan pada seseorang. Intan masih ingat pesanan ibunya, berbakti pada orang walaupun sejahat manapun orang itu tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Sesungguhnya, balasan baik dan buruk adalah ketentuan ALLAH s.w.t.

“Ya, saya pun pelajar baru. Degree Of Science in Information Technology. Awak?” Intan cuba bermesra.

“ Sama lah! Nasib baik saya terjumpa awak. Sekurang-kurangnya ada jugalah teman. Parents saya ada kat luar. Awak datang dengan sapa?” Terserlah kegembiraan di wajah Effa.

“ Saya seorang aje. Mama dengan abah sibuk kerja. Tak sempat nak teman saya mendaftar. Itupun nasib baik mereka hantar tadi.” Sedikit kecewa diwajah Intan. Effa mendengar dengan tenang sambil menepuk-nepuk bahu teman barunya. Mereka baru kenal, jadi bagi Effa dia tidak ada hak untuk bersuara lebih selain menenangkan rakan barunya itu.

Intan dikenalkan dengan kedua ibu bapa Effa. Mereka senang sekali berkenalan dengan gadis manis yang kurus dan tinggi lampai itu. Tubuhnya tak ubah seperti seorang model. Puan Kasmah bersyukur kerana pada hari pertama anaknya sudah mendapat seorang kawan. Bukan sahaja fakulti yang sama, malahan akan tinggal di rumah yang sama.

Puan Kasmah dan Encik Ramlee menemani kedua-dua anak gadis masuk ke kolej mereka. Puan Kasmah bertanya juga kepada Intan perihal ibu bapanya, jawapan yang sama diberikan padanya. Serentak Puan Kasmah dan Encik Ramlee berpandangan.

Menampakkan wajah Intan yang sedih, mereka cuba untuk menenangkan. Malahan, sebelum pulang, mereka sempat makan malam bersama. Intan cukup gembira melihat kebahagian Effa dan keluarganya. Cemburu juga ada terdetik sebentar. Namun dibuangnya jauh-jauh kerana dia sedar, keluarga itu tidak menyingkirkannya.

“Eh, kau ada kelas tak esok?” Tanya Effa masih lagi mengunyah biskutnya sambil membelek-belek novel yang baru dibeli Intan tadi. Tersentak Intan dibuatnya. Dibaca ringkasan cerita dibelakang buku tersebut.

“Pergilah Sepi, Fauziah Ashari. Bukan kau dah baca ker?” Sambil dibelek-belek lagi buku itu. Rasa pelik dengan sahabatnya. Buku yang sudah dibaca tapi dibelinya lagi. Bukankah membazir namanya. Lebih baik kalau dibeli buku rujukan daripada membeli buku yang sudah dibaca. Intan masih lagi berlagak macam tidak ada apa-apa yang berlaku. Effa sudah lali dengan keadaan yang begitu. Kalau ada kerja yang dibuat, lambatlah ‘respon’ diberi.

“Aku jawab satu-satu soalan kau tadi yer sayang..bagi soalan pertama, esok aku tak ada kelas. Cancel. Bagi soalan kedua, memanglah aku dah baca..Tapi,hari tu aku pinjam di library. Kau pun tahu kan, dah memang hobi aku mengumpul novel. Eleh, macamlah kau tak pinjam. Aku beli kau baca jugak kan?” Intan bersahaja memerli sahabatnya dengan muka tersengih-sengih. Niatnya cuma bergurau. Mana tidaknya, hari-hari, muka sama yang dilihatnya. Bangun sahaja tidur, muka Effa yang dilihatnya, pergi kelas pun sama. Tidur lagilah, sampai sempat membaling bantal sebelum tidur.

Ibu bapa Effa tinggal di Kuala Selangor, oleh itu setiap dua minggu sekali jika Effa tidak pulang ke rumah, Puan Kasmah dan Encik Ramlee akan datang melawat. Kadang-kadang, Intan juga pernah bertandang ke rumah mereka. Ini menjadikan mereka begitu rapat. Keluarga itu sudah menganggap Intan sebahagian dari keluarga mereka.

No comments:

Post a Comment