Thursday, May 13, 2010

SETEGUH KOTA KASIH- 9

”Assalamualaikum. Awak marah ke? Maaflah, saya gurau je tadi. Maaf kalau melampau. Saya memang macam ni. Nakal sikit tapi tak jahat.” Fazrul cuba bermanis mulut dengan Intan apabila terlihat gadis itu sedang menyusukan Batrisya. Intan seolah-olah tidak mendengar kata-katanya.

‘Alahai dia ni..takkan lah aku cakap punya kuat pun tak dengar. Nak kata pekak tadi dengar jer. Ke..bisu..Betul-betul marah ni..’

“Tak apalah kalau awak tak nak bercakap dengan saya, tapi tolonglah maafkan saya. “ Apabila sedar tiada balasan dari Intan, Fazrul terus bangun dari kerusi dan pergi mendapatkan anak-anak yang sedang bermain bola di padang.

Intan dapat melihat dari jauh Fazrul bermain bola sepak dengan anak-anak di Sinar Hidayah. Terfikir juga olehnya bagaiman sebenarnya sikap lelaki itu. Guraunya melampau, dilihat hubungan dengan Umi, kelihatannya dia seorang anak yang baik.

‘Ah! Apa aku peduli. Bukan nak jadi laki aku pun. Hish! Intan..Intan..jauh kau mengelamun. Sampai ke situ pula.’ Intan senyum sendiri.

“Aik! Senyum sorang-sorang. Ada betul ka? Tarak betul?” Tanpa dia sedar, Fazrul berbongkok betul-betul dihadapannya. Sambil mencuit manja pipi Batrisya.

“Awak, kalau tak kacau saya boleh tak? Saya tak kenal awak. Tak berminat pun nak kenal awak.” Panas juga hatinya. Sudah dua kali Fazrul mengganggunya.

“Boleh cakap rupanya.Awak kenal Umi. Kita tak kenal, tapi boleh kenal. Saya, Fazrul. Umi tu, ibu saya. Takkan awak tak nak kenal dengan pemilik Sinar Hidayah kot..” Pantas Intan memandang Fazrul. Teringat kata Umi bahawa Sinar Hidayah adalah rancangan dan hasil usaha anak keduanya. Tapi, tak disangka-sangka pula lelaki yang nakal ini pemilik Sinar Hidayah.

“Saya, Intan.” Ringkas sahaja.

“Dah lama di sini? Maksud saya..awak bertugas di sini.”

“Hampir 6 bulan.”

“Lama juga ya..Maksudnya, masa saya balik beraya dulu awak dah ada kat sini. Tapi tak pernah pula jumpa kan..Umi pun tak pernah bercerita tetang sukarelawan muda ni.” Fazrul memerhati tingkah-laku Intan. Sedikit kekok pergerakannya apabila terasa diperhatikan.

“Ok lah, Isya dah tidur. Saya balik dulu.” Intan sudah tidak selesa berada lebih lama di situ.

“Macam-mana saya nak contact cik Intan? Have any number?”

“No.. you don’t have to. Ada masa, mesti jumpa lagi.” Selepas menemui Umi Hamimah, cepat-cepat enjin Suzuki Swift dihidupkan. Fazrul masih lagi memerhati dari pintu masuk Sinar Hidayah.

‘Lain macam je rasa..rasa macam..nak angau lah pulak’ Fazrul senyum sendiri. Tak tahu kenapa.Hatinya mudah terpikat pada gadis yang seorang ini. Sedangkan, selepas kematian tunangannya 2 tahun dulu dia tidak pernah terlibat dengan mana-mana perempuan. Puas Umi Hamimah kenalkan dengan ramai anak kenalannya tapi tidak satu pun melekat dihati. Sampaikan Umi Hamimah sudah serik untuk memperjodohkan anaknya yang seorang ini.

”Umi, Intan tu dah lama jadi sukarelawan kat tempat kita?” Tiba-tiba Fazrul bertanya pada ibunya semasa mereka sedang sibuk menyusun atur pasu bunga di Laman Mustika.

“Adalah dalam 6 bulan kot. Umi pun dah lupa. Kenapa?” Terasa pelik pula Umi Hamimah dengan pertanyaan anaknya. Pertama kali anaknya seperti berminat dengan kenalannya.

“Dia dah kawin ke Umi? Bertunang ker? Atau pun dah ada boyfriend ke..” Umi Hamimah memandang wajah anaknya. Tersenyum-senyum dia sendiri. ‘Normal lagi rupanya anak aku ni. Alhamdulillah..’

“Apa kata kalau Fazrul tanya sendiri pada Intan?”

“Ish, Umi ni. Malu lah kalau macam tu..Dah lama Fazrul bersara pikat memikat ni. Nak pikat Dania dulu pun susah tau Umi.” Tiba-tiba pula nama bekas tunangannya dulu terlepas dari bibirnya. Kelihatan Fazrul terdiam sebentar. Teringat kembali saat-saat bersama.

Sikap Dania yang jual mahal menyebabkan Fazrul terus meminta arwah abinya menghantar rombongan meminang. Nasib baik juga masa itu pinangannya di terima. Seminggu sebelum hari perkahwinan mereka, kereta yang di pandu Fazrul bertembung dengan dua buah kereta lain dan Dania telah terkorban dalam nahas itu. Hampir 2 tahun keluarga Dania menyalahkan Fazrul dengan kematian anak sulong mereka. Kerana itulah Fazrul membawa diri ke Ireland. Menyambung pelajarannya dalam bidang perakaunan.

Kini, setelah keluarga Dania dapat menerima pemergian anak mereka, barulah Umi Hamimah dapat melihat kembali keceriaan anaknya itu.

“Fazrul, yang dah pergi tu biarlah pergi. Kita doakan untuk Dania.” Disentuh bahu anaknya. Kemudian ditepuk perlahan-lahan.

“Apa kata, umi hantar rombongan meminang Intan?”

“Fazrul jangan nak buat lagi. Umi tak nak macam tu. Kalau nak, kenal-kenal dulu. Buatnya kalau masuk meminang, di tolak pula. Tak malu ker? Dah lah baru kenal tak sampai sehari.” Berkerut-kerut dahi Umi Hamimah dengan permintaan anaknya.

“Memanglah belum sehari umi.. Tapi dah lima jam, empat puluh tiga minit kenal.” Sambil ketawa,Fazrul cuba bergurau dengan Umi Hamimah.

“Kenal tak sampai dua puluh minit pun..umi nampak tadi macam-mana Intan kelam kabut balik. Agaknya takut dengan Fazrul” Umi Hamimah ketawa lagi. Sejak dua anak perempuannya sudah berkahwin, tawanya hanya hadir dengan kehadiran warga Sinar Hidayah. Kini, dia tersenyum puas apabila pujukannya agar Fazrul pulang ke Malaysia berhasil.

“A’ah umi..Dia takut tergoda. Macam susah je nak dapat umi. Entah-entah dah ada yang punya kot.”

“Sebab tu umi kata, tanya dia sendiri. Umi ada nombor telefon Intan. Nak?”saja mahu menduga anak terunanya. Fazrul tersenyum-senyum.

“Nanti Fazrul buat puding cocktail kegemaran umi yer..” tersengih-sengih mengambil hati si ibu..

“Eleh.. nak buat baik lah tu. Puding umi nak, tapi bayak lagi cabarannya sebelum dapat nombor telefon Intan. Tu..angkat semua pasu ke laman depan.Lepas tu belajar-belajar jaga Batrisya. Tempoh ujian dua hari.” Umi Hamimah saja mahu menguji anaknya. Dia tahu sangat Fazrul memang sukakan budak-budak. Namun, belum pernah menjaga bayi. Inikan pula baru berusia dua minggu.

Fazrul menyambut baik semua permintaan ibunya. Sekurang-kurangnya, dia boleh belajar menjaga bayi sedangkan selama ini cuma berani mencuit. Dukung tidak pernah sekali. Bila di fikir, dia bersyukur Intan tidak memberikan Batrisya kepadanya dulu, mesti ditertawakan andai Intan tahu dia tidak tahu mendukung bayi.

SETEGUH KOTA KASIH- 8

Hari ini sudah genap 3 bulan Intan berulang-alik ke rumah Sinar Hidayah. Ketenangan mendampinginya setiap kali melihat anak-anak di situ. Sejak minggu lepas, hampir empat kali seminggu dia bertandang ke sana. Selalunya hanya hujung minggu sahaja.

“Kerap pula Intan datang sini yer..rindu pada Batrisya?” Umi Hamimah menegur tatkala Intan sedang mendukung Batrisya di Laman Mustika. Redup mata memandang dengan susun atur pohon-pohon hasil ilham Umi Hamimah sendiri. Dibelainya ubun-ubun Batrisya dan dipandangnya Intan. Gadis itu cuma tersenyum dan dikucupnya pipi bayi yang baru berusia 2 minggu itu.

“ Rindu sangat. Sampai Intan rasa nak bawa balik aje Batrisya ni. Kesian dia, bayi lagi..dah kehilangan ibu bapa.”dikucup lagi bayi itu.

“Dah ajal mereka Intan. Nasib baik Batrisya dapat diselamatkan walaupun masa dilahirkan, ibunya sudah lemah disebabkan kemalangan tu” Ibu bapa Batrisya terlibat dalam kemalangan semasa kereta yang dipandu ayahnya bertembung dengan lori sayur semasa bergegas untuk membawa isteri ke hospital.

“Umi, Intan jaga Batrisya boleh?” Umi Hamimah agak terkejut dengan permintaan gadis itu.

“Intan dah fikir masak-masak ke? Intan belum kahwin lagi..macam-mana kalau lelaki takut nak masuk meminang nanti?Jangan kata masuk meminang, nak mengorat pun takut silap kena isteri orang.” Umi Hamimah cuba berlawak dalam nasihatnya. Sama-sama ketawa. Intan faham apa yang dimaksudkan oleh Umi Hamimah. Cuma kasih dan sayangnya pada Batrisya seperti tidak dapat disembunyikan lagi.

“Intan kahwin dulu, bila suami boleh terima Batrisya, baru Umi bagi. Sebelum itu, biarlah Umi yang jaga. Intan boleh selalu datang tengok. Lagipun Intan kan kerja, siapa nak jaga dia..” Intan tersenyum kelat. ‘Bukannya aku tak boleh hantar umah pengasuh..risau kot orang lain amik Isya jer..Kalau baby bukan lama duk sini’

“Umi, jangan bagi orang lain jaga tau.” Intan masih cuba pertahankan kasihnya pada anak itu.

Kedengaran orang memberi salam. Kedua-duanya menyambut. Kelihatan seorang jejaka yang kemas pemakaiannya melambai-lambai pada Umi Hamimah. Umi membalas. ‘Macam dah biasa aje dia ni. Jangan datang nak ambil Batrisya sudah. Mau aje aku bawak lari budak ni.’ Intan membalas senyuman jejaka tersebut.

“Fazrul dari mana?” Umi Hamimah mulakan bicara apabila Fazrul Amirul merapati mereka.

“Dari rumah. Hari ni kan cuti Umi..datang tengok budak-budak. Dan, si comel ni..” Di cuit pipi Batrisya di sisi Intan.

‘Ish, dia ni.. macam-mana kalau tersentuh aku tadi. Kurang ajar betul lah.’ Jelas kelihatan wajah Intan yang terkejut dengan tindakan spontan Fazrul tadi. Fazrul yang tersedar dengan riaksi Intan cuma tersengih dan macam tiada apa-apa yang berlaku. Rancak berbual dengan Umi Hamimah membuatkan Intan lebih panas hati. Seolah-olah dia tidak lagi wujud di situ.

“Alahai..lapar lah tu..”Fazrul mencuit Batrisya lagi saat bayi itu merengek.

“Bagilah susu..lapar tu..? Dah kawen? Saya belum. Umi Hamimah menepuk bahu Fazrul Amirul sambil tersenyum. Merah padam muka Intan. Terus dia bangun dari bangku dan terus ke bilik sambil mendukung bayi kesayangannya.

“Fazrul..bergurau pun agak-agaklah. Malu Intan tu. Memanglah belum kawin, single pulak tu. Kenapa? Berkenan?” Umi Hamimah menduga anak lelaki keduanya. Faizul hanya tersenyum sambil memerhati Intan yang semakin laju melangkah.

Anaknya itu cukup nakal dan manja dengannya. Tambahan pula, sudah lama belajar di luar negara, balik menagih kasihnya kembali.

“Tak nak tinggal dengan Umi ke? Dah lah dulu dah jauh, sekarang pun masih nak tinggal jauh dari Umi. Bila dah kahwim nanti, tinggal dengan isteri pula..nasib lah jadi ibu ni..menahan rindu ajelah..”Umi Hamimah Cuma mengambil perhatian anaknya.

“Umi.. Fazrul dah 27 tahun. Kalau orang tengok, dah macam bapak orang pun ada. Takkan nak duduk dengan umi lagi..Tapi, kan tiap hari selasa Fazrul datang..hujung minggu pun datang kan?”Cuba mengambil hati uminya. Dalam masa yang sama, mengintai-ngintai ke dalam rumah.

‘Mana dia ni..marah ke? Gurau sikit pun tak boleh.’

“Perangai apa ni..intai-intai anak dara orang. Tak malu ke?”Tersengih- sengih Fazrul pada ibunya. Terasa malu juga. Umi Hamimah kembali ke pejabatnya apabila diberitahu oleh pembantu bahawa pegawai dari kebajikan masyarakat ingin menemuinya.

SETEGUH KOTA KASIH- 7

“ Intan,kau tak rasa ke nak ada seseorang dalam hidup?” Tersentak Intan dengan pertanyaan Effa. Intan tahu sahabatnya itu bahagia bersama Rizq. Mereka baru sahaja menempuh alam perkahwinan 8 bulan yang lepas. Rizq disampingnya tersenyum dengan soalan si isteri lantas memandang pada sahabat mereka.

“Kau ingat tak apa yang jadi kat aku masa study dulu?” Effa dipandangnya. Kemudian menghirup minuman yang masih berbaki.

“Itu cerita lamalah..Takkan kau dah serik” Effa masih ingat hubungan terakhir Intan bersama seorang lelaki. Dua tahun lebih mereka bersama, dan akhirnya lelaki itu berkahwin dengan wanita lain. Semuanya hanya diketahui apabila lelaki tersebut memberitahu melalui sistem pesanan ringkas (sms) apabila hampir pada tarikh perkahwinannya.

Effa masih ingat lagi keadaan Intan pada masa itu. Dia tidak menangis. Sedangkan teman yang lain ada yang menangis mengenangkan nasibnya. Semua orang tahu betapa sayangnya Intan pada lelaki yang bernama Ahmad Faisal itu. Mereka juga tahu betapa menderitanya Intan sepanjang mereka bersama. Faisal dikatakan seperti biskut cipsmore. Kadang ada, kadang entah kemana. Ada juga rakan-rakan yang cuba kenalkan Intan pada rakan mereka. Tapi bagi Intan, dia mesti setia pada yang satu. Seramai mana pun lelaki dalam hidupnya, hanya seorang yang akan bertahta di hati.

“Aku bukan serik, cuma tak mahu diperbodohkan oleh lelaki lagi. Cukuplah sekali. Dulu aku menangis sebab rasa bodoh sangat sebab percayakan lelaki. Tapi, aku tetap bersyukur dia pergi dari hidup aku. Dah memang itu doaku agar aku dipertemukan dengan orang yang mencintai aku dan dikurniakan untuk aku.” Intan mula terkenangkan kisah lama.

“Intan, Faisal tak contact kau ker?” Intan memandang telefon bimbitnya yang sudah hamper tiga minggu sepi tanpa panggilan dari pasangannya. SMS pula hanya diberi apabila Intan memulakan.

Dalam hatinya, tetap curiga, namun dibuang jauh. Tidak mahu berprasangka buruk. ‘Kalau sekali diikutkan prasangka buruk ni, akan berlanjutan.Aku tak nak prasangka buruk pada suami aku nanti..’

“Tak de..”Ringkas sahaja. Pandangannya kembali kepada kertas kerja Information System. Sakit kepala untuk menyiapkan sistem perpustakaan bertambah dengan soalan Effa tadi. Selama ini, dia menyibukkan diri agar tidak terasa tertekan dengan perangai Faisal. Tapi soalan itu menewaskannya. Effa masih memerhati.

“Effa, aku dah tak boleh berharap pada dia. Dia takkan boleh jaga aku. Kau pun tahu kan macam-mana dia tinggalkan aku masa berebut nak naik komuter? Kawan dia lagi penting masa tu. Itu kali terakhir kami jumpa lepas hampir 9 bulan tak berjumpa. Mula dari hari tu aku dah tak yakin dengan dia. Macam-macam hal aku buat supaya lepaskan aku. Tapi dia tak beri kata-putus. Kau tengoklah, sekarang dia gantung aku tak bertali. Tiap-tiap malam aku berdoa Effa, kalau dia untuk ku aku mohon dirapatkan..jika tidak, dijauhkan dariku selamanya. Aku mintak tolong dengan kau Effa, jangan sebut lagi nama dia dan jangan tanya aku apa-apa pasal dia. I’m fade up Effa. I’m trying to be strong. But sometimes, I think how stupid I am waiting for someone that not sure..” air jernih mula menitis. Setiap kali memikirkan kebodohan dirinya, pasti dia akan menangis.

Sejak dari itu, Effa tak pernah bertanya tentang hal itu lagi. Sehinggalah hari ini.Soalan itu sudah lama bersarang di benaknya. Ingin ditanya risau akan menyebabkan sahabatnya berkecil hati.

“Kau tak payahlah risau pasal aku. Kalau ada jodoh, adalah..Kau tu, jaga Rizq baik-baik. Pempuan sekarang gatal. Bukan boyfriend orang dia orang rampas, laki orang pun dikebas. But me, that’s not my type ok..tapi kan, aku rasa macam ada jodoh dengan duda jer. Hehe”

“Ada-ada jer kau ni. Aku serius kau boleh buat lawak ek. Tengoklah abang, kita risaukan dia... Cubalah fikir, bila kau tua nanti siapa nak jaga kau? Aku jugak ker? Masa tu, aku dah tua. Tak larat dah. Sampai sekarang kau nak pergi office pun aku yang kena kejutkan. Macam ni aje lah, apa kata kau dapatkan aku kerja kat tempat kau? Senang aku jaga kau siang malam. Okey?” Effa bercakap sambil dijelingnya Intan disisi. Intan hanya tersengih-sengih. Rizq mengangkat bahu. Dia tahu perangai isterinya. Kalau tak puas hati, akan protes abis-habisan. Tiap kali Effa dan Intan bertegang urat, dia hanya akan mendengar.

Dua sahabat ini kalau bergaduh sampai bertumbuk sekali pun tak akan sampai lima minit. Pasti ada salah seorang yang akan mengalah. Selalunya, Intan lah orangnya. Gadis yang tidak suka memanjangkan hal yang remeh. Tidak mudah ambil hati dengan kata-kata orang. Tapi bila dia mula marah, semuanya akan meletup.

Effa rasa geram bila suaminya tidak banyak bercakap. Rizq hanya tersenyum sendiri. Tempoh mengenali Effa sama dengan Intan. Cuma jodohnya lebih berpihak untuk bersama Effa.

“Mula nak berkira lah tu. Aku tak suruh pun kau kejutkan pagi-pagi. Lagipun, tiap kali kau kejutkan aku dah bangun.” Saja mahu mengusik Effa.

“Kalu gitu, kau bayar balik semua phone called yang aku guna untuk kau. Aku nak tengok siapa yang akan kejutkan kau lepas ni.Eeeeee..geramnya! “ Rizq dan Intan tersenyum-senyum melihatkan keadaan Effa.

“Aku minta maaf Effa, aku tahu kau banyak berkorban untuk aku. Banyak berjasa. Terima kasih banyak-banyak. Budi baik kau aku tak terbalas..” Effa tersenyum puas.

“Tahu pun!”akhirnya mereka ketawa bersama. Intan tahu Effa cuma bergurau dengannya. Sejak memasuki alam pekerjaan, mereka jarang berjumpa dan berbual. Kalau ada pun, hujung minggu begini. Mereka akan meluangkan masa bersama dari pagi hingga ke petang. Itupun bukan setiap minggu, hanya sebulan sekali kerana Intan di Kuantan dan Effa di Kuala Lumpur.

SETEGUH KOTA KASIH- 6

“Assalamualaikum..”diberi salam sebaik sahaja Intan sampai di Banglo Indah Mutiara. Terbongkok-bongkok membuka kasutnya di pintu yang terbuka.

“Waalaikumussalam..” Jawab Mak Eno sambil menjenguk-jenguk dari dapur. ‘Siapa agaknya yang datang petang-petang macam ni’

“Intan!! Sayang mak dah balik!” lantas dipeluk satu-satunya anak kesayangannya. Cukup gembira hatinya. Sekurang-kurangnya, akan ada teman berbual. Kalau tidak dengan tukang kebun, tukang mesin rumput yang datang dua minggu sekali menjadi teman berbualnya.

“Kenapa tak bagitahu nak balik boleh mak masakkan asam pedas kegemaran Intan”

“Tak apalah mak, Intan balik pun sebab dah rindukan mak sangat-sangat. Mama ada? Adik-adik mana? Sunyi je rumah ni..” sembil mata melilau mencari kelibat orang lain di rumah banglo besar itu.

“Rumah ni memang besar, tapi yang tinggal cuma ibu sorang je..Intan pun jarang-jarang balik. Abah dan mama masing-masing sibuk dengan kerja. Mama Intan tu baru jer buka butik baru di KLCC. Adik-adik, ibu tak tahu lah macam-mana nak cakap. Kadang balik, kadang tak. Disuruh sambung belajar, dua-dua tak mahu” Sedikit kecewa dalam nadanya. Intan hanya tekun mendengar. Faham sangat dengan situasi keluarganya. Macam-macam yang tidak kena.

“Intan, fikir apa? Termenung dari tadi.” Mak Eno yang dari tadi memerhati akhirnya bertanya. ‘kesian anak ini..sudah 25 tahun tapi kehadirannya masih belum dapat diterima oleh ayah kandung sendiri. Intan bercakap dengannya pun tidak, ini kan pula menyakiti hatinya. Macam-macam jenis manusia dalam dunia ni.’ Masih dia ingat sewaktu Intan berusia 12 tahun.

“Mak..” Intan diam sebentar. Diteguknya air oren sunquick perlahan-lahan. Mak Eno masih menanti kata-kata seterusnya dari satu-satunya anak kesayangannya itu.

“Kalau Intan tak lahir dulu, mesti abah masih gembira bersama ibu Intan. Ibu pun mesti tak mati kan?” Mak Eno merenung wajah itu. Rupanya anak itu faham apa yang berlaku dalam hidupnya.

“Ish, jangan cakap macam tu.Intan,ajal maut dan kehidupan kita adalah ketentuan Allah. Mak selalu bagitahu Intan kan? Ibu Intan Meninggal bukan sebab Intan, tapi sebab sudah menjadi ajal baginya. Allah sudah tetapkan yang dia akan meninggal sebaik sahaja melahirkan Intan. Semuanya bukan salah Intan, sayang.” Cepat-cepat Mak Eno sapu air matanya yang mula menitis. ‘Apalah nasib anak ini nanti. Di perlakukan begini oleh ayah sendiri’

Mak Eno masih memerhatikan Intan yang termenung. Tidak dijawab apabila ditanya. Mak Eno faham sangat dengan anaknya itu. Bukan tidak dengar, dia akan balas sebaik sahaja sedar dari lamunannya.

“Mak, siapa yang akan walikan Intan kalau Intan nak berkahwin nanti? Dipandangnya Ibu kesayangannya.

“Intan nak kahwin ke? Dengan siapa? “Jelas kegembiraan yang tidak dapat ditandingi terserlah dari wajahnya.’ Sekurang-kurangnya, ada orang yang akan menjaga Intan sebaik sahaja aku pergi menemui Ilahi. Dapatlah aku pergi dengan tenang.Aku bukannya muda lagi..’

“Mak..Intan Cuma bertanya. Belum ada lagi..Jawablah mak ..”Dengan senyuman yang amat manis, Intan mengharapkan jawapan dari ibunya. Soalan itu sudah lama bersarang dalam benaknya. Cuma menunggu untuk jawapan. Hari ini, dia berharap akan mendapat jawapannya.

“Ibu, betul ke abah tu ayah kandung Intan? Jika bukan, akan berwalikan hakim. Tapi, jika ayah kandung, Intan rasa tetap akan berwalikan hakim. Betulkan mak? Macam-mana kalau keluarga bakal suami Intan tak boleh terima? Mesti orang akan anggap Intan anak pungut.” Intan Safiah Evora seolah-olah sudah hilang semangat. Begitulah keadaannya apabila terfikir tentang itu semua. Tapi, dia harus bersedia sebelum hal itu benar-benar berlaku pada suatu hari nanti.

Mak Eno terkejut dengan pertanyaan anaknya. Tidak sangka Intan akan bertanya soalan sebegitu. Jelaslah Intan mula terasa dengan sikap ayah.

“Intan..jangan cakap macam tu. Intan anak mak. Malahan Intan ada tiga orang ibu. Dua orang ibu yang masih ada ini akan pastikan Intan akan hidup sempurna. Mama dah janji dengan ibu akan pastikan Intan dapat hak-hak yang sepatutnya.” Mak Eno cuba untuk menbina semula keyakinan Intan terhadap ayahnya.

‘Mak janji Intan, abah akan terima Intan pada suatu hari nanti dan seterusnya akan menjadi wali perkahwinan Intan.’

“Intan masih ingat tak cerita pasal ibu dan abah Intan yang mama cerita dulu?”Intan mengangguk.

“Tapi Intan tak faham bila abah kahwin dengan mama? Semasa ibu masih ada ke?”dipandang lagi ibunya.

“Ibu Intan yang minta abah kahwin sebelum dia pergi. Alasannya, dapat menjaga abah Intan pada masa akan datang. Mama Intan tu, kawan baik ibu. Mulia betul hati ibu Intan kan? Intan jadilah macam ibu, dia seorang yang lemah lembut, baik hati, penyayang dan setia.” Intan tersenyum mendengar pujian itu.

‘Alangkah bahagianya kalau Intan sempat mengingati wajah ibu, saat ibu menyusukan Intan..’ Lantas di ambil foto lama ibunya dalam tas tangan.Dia akui, parasnya cukup mirip dengan ibunya.kecuali rambutnya yang hitam seperti abahnya.

Telefon bimbit yang berbunyi disambut Intan. Kedengaran suara seorang lelaki di talian. Ingin berkenalan katanya. Sudah beberapa kali orang itu menalifon. Setiap kali, Intan bertanya siapa tapi hanya perkenalkan dirinya sebagai Ijoi. Tidak juga memberi tahu dari mana diperolehi nombor telefon Intan. Cuma katanya, jika sudah jodoh pertemuan tidak penting lagi bagaimana berjumpa.

“Intan, kalau tak kenal jangan dilayan. Manalah tahu orang tu ada berniat jahat. Kita tak tahu kan?” Intan tersenyum kelat mendengar nasihat ibunya.

“Tapi katakanlah kalau Intan tak layan, sedangkan itu jodoh Intan. Macam-mana ibu? Kang tak pasal-pasal terlepas jodoh..” Intan cuba menenangkan kerisauan ibunya. Dia faham sangat dengan ibunya. Kalau risau, nanti semua kerja tidak jadi. Dicubitnya pipi anak kesayangan.

“Dah besar panjang pun nakal lagi..pergi mandilah. Apa anak dara macam ni. Tah bila nak kahwin ni.” Mak Eno mengomel dalam senyumannya.

“Eh, anak mama bila sampai? Lama betul Intan tak datang sini.Mama rindu tau.” cepat-cepat Intan bersalam dan mencium mamanya. Puan Ainun membalas.

“Baru je sampai mama. Intan pun rindu sangat kat mama.”Dipandangnya anak itu, dan dikerlingnya pada En. Johan. Intan faham isyarat mamanya. Pasti mahu dia menyalami abahnya. Intan akur. En.Johan menyambut bila Intan menyalaminya namun dengan sebarang senyuman. Terus berjalan ke tingkat atas rumah. Namun begitu, Intan bersyukur kerana sekurang-kurangnya walaupun tidak suka abah tidak pernah memaki-hamun macam sesetengah orang.

Masih ingat lagi waktu hari pertama mendaftar di universiti. Mama bersungguh-sungguh mahu menemani Intan. Namun En. Johan memberi alasan bahawa dia sibuk. Itu pun nasib baik dihantarnya Intan setelah dipujuk oleh isterinya.

“Abang, sampai bila abang nak hukum Intan? Semua yang berlaku bukan salah dia. Abang tahu kan? Kesian Intan.Sudah hampir 25tahun. Tapi abang masih tak boleh terima dia.” Puan Ainun cuba untuk berbicara dengan suaminya. Suami yang pendiam itu hanya memandangnya kemudian mengambil tuala dan terus ke bilik mandi. Puan Ainun mendengus sendiri. Sudah mati akal untuk memujuk suaminya. Bagai sudah diprogramkan dalam pemikirannya bahawa Intan adalah musuh.Bukan sahaja bercakap, malah memandangnya juga tidak. Puan Ainun terduduk dibirai katil.

“Abang bukan benci. Abang tidak pernah membenci Intan.” Tiba-tiba En. Johan keluar dari bilik air. Mendengar ucapannya, lega hati si isteri.

“Cuma setiap kali memandang Intan, abang teringat keperitan Ayu bertarung dengan maut. Kalau dia tak berdegil nak menyusukan Intan, mesti dia selamat sebab abang dah carikan Ayu doktor yang terbaik.”terdengar esakan suami. Jelas menunjukkan En.Johan masih merindui isterinya pertamanya.. Puan Ainun cuba mententeramkan suaminya. Namun esakannya makin kuat.

“Wajah Intan saling tak tumpah seperti ibunya kan?”masih merenung wajah suaminya.

“Kerana saling tak tumpah buat saya tak dapat nak menerimanya. Awak fahamkan betapa sayang dan cintanya saya pada Ayu?” Puan Ainun berasa sedikit cemburu. Walaupun sudah hampir 25 tahun pemergian Puan Rahayu, cinta suaminya tidak pernah luntur. Puan Ainun hanya terdiam.

“ Sayang jangan risau, sayang dan cinta abang pada sayang dan Ayu sama. Abang tak pernah beza-bezakan. Abang cuma akan teringat balik cerita-cerita lama kalau terpandang Intan. Kalau itu berlaku, abang boleh hilang tumpuan pada kerja-kerja lain. Abang harap, sayang faham.” En. Johan yang tadinya berdiri dan mengadap jendela memandang isterinya yang duduk di birai katil. Dia dapat membaca perubahan wajah isterinya tadi. Dirapati si isteri..

“Abang tahu, suatu hari nanti abang pasti dan terima Intan. Cuma bukan sekarang.” Puan Ainun hanya memandang.’ Ya Allah, kau bukakanlah hati suami ku untuk menerima anaknya sendiri..ku mohon darimu..ya Allah..’ En. Johan telah berlalu untuk menunaikan solat Asar.