Thursday, May 13, 2010

SETEGUH KOTA KASIH- 7

“ Intan,kau tak rasa ke nak ada seseorang dalam hidup?” Tersentak Intan dengan pertanyaan Effa. Intan tahu sahabatnya itu bahagia bersama Rizq. Mereka baru sahaja menempuh alam perkahwinan 8 bulan yang lepas. Rizq disampingnya tersenyum dengan soalan si isteri lantas memandang pada sahabat mereka.

“Kau ingat tak apa yang jadi kat aku masa study dulu?” Effa dipandangnya. Kemudian menghirup minuman yang masih berbaki.

“Itu cerita lamalah..Takkan kau dah serik” Effa masih ingat hubungan terakhir Intan bersama seorang lelaki. Dua tahun lebih mereka bersama, dan akhirnya lelaki itu berkahwin dengan wanita lain. Semuanya hanya diketahui apabila lelaki tersebut memberitahu melalui sistem pesanan ringkas (sms) apabila hampir pada tarikh perkahwinannya.

Effa masih ingat lagi keadaan Intan pada masa itu. Dia tidak menangis. Sedangkan teman yang lain ada yang menangis mengenangkan nasibnya. Semua orang tahu betapa sayangnya Intan pada lelaki yang bernama Ahmad Faisal itu. Mereka juga tahu betapa menderitanya Intan sepanjang mereka bersama. Faisal dikatakan seperti biskut cipsmore. Kadang ada, kadang entah kemana. Ada juga rakan-rakan yang cuba kenalkan Intan pada rakan mereka. Tapi bagi Intan, dia mesti setia pada yang satu. Seramai mana pun lelaki dalam hidupnya, hanya seorang yang akan bertahta di hati.

“Aku bukan serik, cuma tak mahu diperbodohkan oleh lelaki lagi. Cukuplah sekali. Dulu aku menangis sebab rasa bodoh sangat sebab percayakan lelaki. Tapi, aku tetap bersyukur dia pergi dari hidup aku. Dah memang itu doaku agar aku dipertemukan dengan orang yang mencintai aku dan dikurniakan untuk aku.” Intan mula terkenangkan kisah lama.

“Intan, Faisal tak contact kau ker?” Intan memandang telefon bimbitnya yang sudah hamper tiga minggu sepi tanpa panggilan dari pasangannya. SMS pula hanya diberi apabila Intan memulakan.

Dalam hatinya, tetap curiga, namun dibuang jauh. Tidak mahu berprasangka buruk. ‘Kalau sekali diikutkan prasangka buruk ni, akan berlanjutan.Aku tak nak prasangka buruk pada suami aku nanti..’

“Tak de..”Ringkas sahaja. Pandangannya kembali kepada kertas kerja Information System. Sakit kepala untuk menyiapkan sistem perpustakaan bertambah dengan soalan Effa tadi. Selama ini, dia menyibukkan diri agar tidak terasa tertekan dengan perangai Faisal. Tapi soalan itu menewaskannya. Effa masih memerhati.

“Effa, aku dah tak boleh berharap pada dia. Dia takkan boleh jaga aku. Kau pun tahu kan macam-mana dia tinggalkan aku masa berebut nak naik komuter? Kawan dia lagi penting masa tu. Itu kali terakhir kami jumpa lepas hampir 9 bulan tak berjumpa. Mula dari hari tu aku dah tak yakin dengan dia. Macam-macam hal aku buat supaya lepaskan aku. Tapi dia tak beri kata-putus. Kau tengoklah, sekarang dia gantung aku tak bertali. Tiap-tiap malam aku berdoa Effa, kalau dia untuk ku aku mohon dirapatkan..jika tidak, dijauhkan dariku selamanya. Aku mintak tolong dengan kau Effa, jangan sebut lagi nama dia dan jangan tanya aku apa-apa pasal dia. I’m fade up Effa. I’m trying to be strong. But sometimes, I think how stupid I am waiting for someone that not sure..” air jernih mula menitis. Setiap kali memikirkan kebodohan dirinya, pasti dia akan menangis.

Sejak dari itu, Effa tak pernah bertanya tentang hal itu lagi. Sehinggalah hari ini.Soalan itu sudah lama bersarang di benaknya. Ingin ditanya risau akan menyebabkan sahabatnya berkecil hati.

“Kau tak payahlah risau pasal aku. Kalau ada jodoh, adalah..Kau tu, jaga Rizq baik-baik. Pempuan sekarang gatal. Bukan boyfriend orang dia orang rampas, laki orang pun dikebas. But me, that’s not my type ok..tapi kan, aku rasa macam ada jodoh dengan duda jer. Hehe”

“Ada-ada jer kau ni. Aku serius kau boleh buat lawak ek. Tengoklah abang, kita risaukan dia... Cubalah fikir, bila kau tua nanti siapa nak jaga kau? Aku jugak ker? Masa tu, aku dah tua. Tak larat dah. Sampai sekarang kau nak pergi office pun aku yang kena kejutkan. Macam ni aje lah, apa kata kau dapatkan aku kerja kat tempat kau? Senang aku jaga kau siang malam. Okey?” Effa bercakap sambil dijelingnya Intan disisi. Intan hanya tersengih-sengih. Rizq mengangkat bahu. Dia tahu perangai isterinya. Kalau tak puas hati, akan protes abis-habisan. Tiap kali Effa dan Intan bertegang urat, dia hanya akan mendengar.

Dua sahabat ini kalau bergaduh sampai bertumbuk sekali pun tak akan sampai lima minit. Pasti ada salah seorang yang akan mengalah. Selalunya, Intan lah orangnya. Gadis yang tidak suka memanjangkan hal yang remeh. Tidak mudah ambil hati dengan kata-kata orang. Tapi bila dia mula marah, semuanya akan meletup.

Effa rasa geram bila suaminya tidak banyak bercakap. Rizq hanya tersenyum sendiri. Tempoh mengenali Effa sama dengan Intan. Cuma jodohnya lebih berpihak untuk bersama Effa.

“Mula nak berkira lah tu. Aku tak suruh pun kau kejutkan pagi-pagi. Lagipun, tiap kali kau kejutkan aku dah bangun.” Saja mahu mengusik Effa.

“Kalu gitu, kau bayar balik semua phone called yang aku guna untuk kau. Aku nak tengok siapa yang akan kejutkan kau lepas ni.Eeeeee..geramnya! “ Rizq dan Intan tersenyum-senyum melihatkan keadaan Effa.

“Aku minta maaf Effa, aku tahu kau banyak berkorban untuk aku. Banyak berjasa. Terima kasih banyak-banyak. Budi baik kau aku tak terbalas..” Effa tersenyum puas.

“Tahu pun!”akhirnya mereka ketawa bersama. Intan tahu Effa cuma bergurau dengannya. Sejak memasuki alam pekerjaan, mereka jarang berjumpa dan berbual. Kalau ada pun, hujung minggu begini. Mereka akan meluangkan masa bersama dari pagi hingga ke petang. Itupun bukan setiap minggu, hanya sebulan sekali kerana Intan di Kuantan dan Effa di Kuala Lumpur.

No comments:

Post a Comment