Thursday, May 13, 2010

SETEGUH KOTA KASIH- 3

“ Kenapa termenung? Ingat pakwe ek?” Rizq cuba serkap jarang apabila melihat Intan termenung sebaik sahaja habis kelas Culculus. Setahu dia, Intan yang dia kenal sentiasa ceria bila di kelas. Intan cuma membalas teguran Rizq dengan senyuman. Tiada sebarang jawapan darinya. Rizq faham sangat dengan gadis seorang ini, masalahnya tidak mungkin dikongsi dengan sesiapa. Lebih banyak yang dipendam dari diluah.

“ Jomlah, kelas Puan Zailina pula ni. Nanti karang terlewat tak boleh masuk. Puan tu suka sangat kunci pintu.” Balas Intan sambil mengemas buku rujukannya dan bangun dari kerusi. ‘Mamat ni tak habis-habis nak campur hal orang. Hari-hari aku kena mengadap muka dia dengan pelbagai-bagai soalan. Banyak cakap btul. Kalah Effa kalau macam ni.’ Sambil senyum sendiri.

“Apa senyum-senyum sorang? Tak betul dah?” berjalan sambil membontoti Intan. ‘Nak kena juga mamat ni nanti,geramnya aku!’ Riq kalau dilihat dari segi fizikal, memang kacak dari segi rupa dan pemakaian. Jejaka kacukan melayu dan arab itu boleh menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandang. Namun bagi Intan, biasa-biasa sahaja.

“Kau ni terlalu banyak cakaplah. Mat kepoh tau tak! Kenal tak mat kepoh? Ala..kalau dulu-dulu orang kata Mak Joyah. Ha! Macam tu lah kau ni. Ha..ha..haa..” Ketawa besar Intan apabila berjaya kenakan jejaka yang selalu menyakitkan hatinya. Intan kelam-kabut berjalan. Rizq juga semakin luas langkahnya. Hampir berlari.

Sebaik sahaja sampai di kelas, pintu sudah tertutup rapat. Intan dan Rizq berpandangan sesama sendiri. Hati mereka berdegup kencang.

’Habislah kali ni. Attendant penting tu. Ni semua mamat arab ni punya pasal. Ish! Makin sakit hati aku’ Rizq cuba mengetuk pintu berulang-kali. Tiada balasan. Mereka berdua berdiri dihadapan pintu kelas. Masing-masing dengan harapan Puan Zailina akan membuka pintu dan membenarkan mereka masuk.

Setelah lebih sepuluh minit, akhirnya pintu dikuak dari dalam. Saat itu Puan Zailian perlu mengambil sesuatu dari biliknya. Pensyarah yang berusia sekitar 40-an itu memandang mereka berdua. Ada tidak puas hati pada renungannya. Mereka hanya tersenyum dan cuba mengambil hati.

“Puan perlu sesuatu? Saya tolong ambilkan.”Rizq cuba menawarkan bantuan.

“Emm. Pergi bilik saya dan ambilkan nota ringkas yang sudah saya copy untuk semua. Betul-betul atas meja saya. Cepat sikit. Intan, masuk.” Bagaikan suatu arahan, Intan terus meluru masuk ke kelas tanpa pedulikan Rizq yang masih tercegat di pintu. Diambilnya termpat duduk yang paling hadapan memandangkan risau ketinggalan lagi yang diajar pensyarahnya.

Kebiasaannya, pelajar akan memenuhi kerusi tengah dan belakang dahulu. Jarang-jarang yang memenuhi tempat duduk dibarisan paling hadapan kerana terlalu hampir dengan pensyarah kata mereka. Jauh sedikit, sukar untuk diperhatikan. Terutama bagi pelajar yang suka berbual dan tidur dalam kelas. Tempat duduk belakang seperti sudah di cop dengan nama mereka.

No comments:

Post a Comment