Wednesday, July 14, 2010

Seteguh KOta Kasih 10

Intan memandang kosong pada file yang berlambak-lambak di mejanya. Kesemuanya mengandungi maklumat mengenai projek yang diurus olehnya. File-file itu menunggu masa untuk disemak. Namun, tidak satu pun disentuh olehnya.

‘Macam-manalah boleh semua file-file projek atas meja aku. Bukan ke dulu aku belajar IT? Buat penat je aku belajar macam nak terburai otak. Last-last, ini kerja aku. Macam dah melencong jauh aje. Nasib baik company abah. Kalau tak, tak der nya aku buat semua ni. Aku dah ambil hati dia pun tak pernah nak berubah. Macam tu jugak. Jumpa pun bila ada meeting. Itupun tak ada siapa pun tahu aku ni anak bos.’ Keluhan halus kedengaran dari bibirnya.

‘Lantak ler..janji tiap bulan, poket berisi..’ Sakit kepalanya makin berdenyut-denyut. Intan cuba melelapkan mata sebentar. Belum sampai lima minit, telefon bimbitnya berbunyi. Dua kali, dibiarkan. Masuk empat kali, Intan dah mula bosan.

“Saper lah ni. Nak jawab ke..tak. Jawab aje lah.” Sebaik sahaja menjawab pangilan, terdengar suara yang seperti pernah didengari. Namun, Intan tak pasti siapa. Pemanggil cuma ingin bertanya khabar. Kemudian mengatakan bahawa akan telefon lagi.

‘Siapa agaknya ya..cakap kejap je. Siap nak call lagi tu. Ni yang buat aku seram sejuk ni. Ada peminat misteri pula. Eh, perasan sendiri.’ Tersedar dengan lamunannya, Intan meneruskan kerja.

“Bella, tolong ambilkan saya file projek Kota Mahligai.”

Sebaik sahaja Bella masuk ke bilik Intan, dilihatnya Intan bersandar pada kerusi sambil memicit-micit kepalanya. Tidak pernah dilihat Intan berkeadaan begitu.

“Ini file yang cik minta.Cik Intan okey ker? Kalau tak, saya temankan ke klinik.”

“Tak apalah Bella, terima kasih. Letakkan file kat situ. Saya okey, Cuma penat sikit. Baru balik dari melawat projek di Damansara. Mungkin sebab panas tadi.” Bella cuma memandang simpati ketuanya dan perlahan-lahan mengangguk.

Sebaik sahaja Bella keluar dari pejabatnya, Intan tidak sedikitpun peduli tentang fail yang dimintanya tadi. Sebaliknya, fikirannya ligat memikirkan siapa gerangan si pemanggil misteri tadi. Barulah dia ingat yang nombor yang tertera itu pernah mengganggu lenanya sebelum ini. Tapi sampai sekarang masih belum diketahui pemiliknya. Mahu sahaja diperiksa dari Celcom centre.

‘Macam-mana kalau orang yang called tu nak buat jahat kat aku? Macam-mana pula kalau tiba-tiba aku bawa kereta jer die ada kat belakang? Ish! Seram sejuk je rasa.’ Intan tidak mahu terus melayan fikirannya. Kalau dilayan, tak senang duduk nanti.

Fikirannya tiba-tiba melayang kepada Batrisya. Sudah 3 hari tidak dijenguk anak angkatnya itu. Selalunya, setiap dua hari Intan pasti melawat. ‘Betullah kata Umi, aku tak sempat nak beri tumpuan pada Batrisya.’ Teringat Intan pada Batrisya yang kini sudah berusia 4 bulan. Anak itu cukup manja dengannya. Tawanya sudah cukup membuatkan Intan lupa pada segala masalah pejabat, sikap abahnya dan panggilan telefon yang mengganggu.

Nada dering lagu Bawa ku terbang nyanyian Fabalous Cat kedengaran. Kelihatan nombor yang baru tadi menghubunginya. Hari ini, sudah masuk 3 bulan pemanggil itu mengganggunya.

“Awak, saya minta sangat-sangat jangan ganggu saya. Dah banyak kali saya beritahu kan? Saya dah mula takut dengan awak ni. Tolonglah..”

“Intan, ni abang. Takkan sepanjang kita berbual Intan tak kenal suara abang?”

‘Abang? Sejak bila pula aku ada abang ni?’

“Saya tak ada abanglah.” Berkerut-kerut keningnya mencari kepastian.

“Hairi? Takkan mudah sangat nak lupa kot”

“Awak? Apa lagi yang awak nak? Tak cukup lagi ke apa yang awak bagi pada saya? Tak cukup sakitkan hati saya, awak nak bagi saya sakit jantung pula?” Mahu sahaja ditumbuk-tumbuk muka lelaki itu kalau wujud dihadapan matanya. Jadi tak sia-sia silat gayung yang dipelajarinya selama ini.

“Abang minta maaf. Marilah kita bina balik cinta dulu. Abang rindu Intan. Tak dapat dengar suara Intan buat abang tak lena tidur.”

“Ishhhhh!!! Awak tahu tak yang awak ni tak diperlukan? Dah tak wujud bagi saya. Faham tak? Pergi layan bini awak, pergi layan anak-anak awak. Dan biarkan saya hidup bahagia dengan tunang saya!” Sedikit ditekankan sebutan ‘tunang’. Terus dimatikan talian telefon dan terus dimatikan telefon bimbitnya. Merah padam mukanya menahan marah.

“Siapalah yang gatal-gatal bagi nombor phone aku ni!” Jeritan Intan menyebabkan Bella masuk ke biliknya.

“ Kenapa cik Intan? Sakit kepala lagi?”

“Sakit sangatlah Bella. Saya keluar kejap ya.” Cuba disimpan perasaannya saat itu dari sesiapa pun.

Pemanduannya agak laju. Kalau boleh, secepatnya mahu sampai ke Sinar Hidayah. Kemarahan membuatkan rindu Intan kepada Bartisya membuak-buak. Hanya cintanya itu yang dapat meredakan kemarahannya.

Sebaik sahaja sampai di Sinar Hidayah, Intan terus meluru ke bilik Batrisya. Tapi ‘anaknya’ tiada di sana. Mundar-mandir Intan mencari. Tapi tak juga ditemui. Risau kalau-kalau Umi Hamimah telah menyerahkan Batrisya kepada orang lain. Maklumlah, sudah ramai pasangan yang berbesar hati ingin mengambil anak itu sebagai anak angkat tapi dihalang Intan.

“ Intan cari Isya?” Umi Hamimah menegur sebaik sahaja melihat Intan tidak tentu arah.

“Ya Umi. Mana Isya? Intan dah cari keliling rumah. Tak ada pun.” Jelas menampakkan kerisauan pada wajahnya. Takut kalau-kalu Umi Hamimah mengatakan bahawa Batrisya telah diberi hak penjagaan kepada orang lain.

“Jangan risau Intan, Fazrul bawa Isya jalan-jalan. Merengek tadi. Tah mana pergi.” Sambil menjenguk-jenguk ke luar tingkap. Lega hati Intan apabila itu yang didengarnya.

“Intan kan dah diberi hak penjagaan ke atas Batrisya. Jadi, orang lain dah tak boleh ambil Isya lagi. Tapi macam yang Umi beritahu, Intan belum lagi bersedia untuk jaga Isya sepenuhnya.” Baru Intan terfikir untuk memberitahu Umi bahawa dia ingin mengambil Batrisya untuk terus tinggal bersamanya. Namun terpaksa dimatikan hasratnya. Nampaknya Umi Hamimah masih belum yakin dengannya.

“Tapi Umi…”

“Intan..manjaga anak orang tak sama macam anak sendiri. Kalau kita tak adil, berdosa.” Intan hanya mengangguk. Sebaik sahaja terlihat Fazrul Amin yang mendukung Batrisya, cepat-cepat Intan kearah mereka.

“Ibu datanglah Isya..jom kita lari..ibu tak dapat kejar kita..yea..yea..”

“Rul..dahlah.. Intan rindu sangat kat Isya. Janganlah main-main. Orang penat tau tak..”sedikit merayu suaranya. Memang dia penat dengan semua yang berlaku.

“Okeylah..kesian ibu kan Isya..” Anak yang baru pandai merangkak itu mengekek-mengekek ketawa bila digeletek Fazrul. Tenang fikirannya tiap kali bersama anak itu. Apalah yang akan jadi kalau betul Intan bawa Isya pergi. Pernah juga cuba untuk mendapatkan hak penjagaan ke atas Batrisya dulu.

“Umi..bia Fazrul ajelah jaga Isya. Jangan bagi Intan. Dia tu nak jaga diri sendiri pun macam tak lepas je. Kang tah diberi makan ke tak Isya tu..”Umi Hamimah hanya tersenyum melihat anak lelakinya. Faham sangat dengan Fazrul, sejak diamanahkan Batrisya dulu anak itu ditatang bagai minyak yang penuh. Bila Batrisya tidur, dilayannya pula anak-anak yang lain. Mereka semuanya anak lelaki diperingkat awal sekolah menengah. Bermain bola sepak merupakan aktiviti harian mereka.

Fazrul akan berada di Sinar Hidayah setiap dua hari sekali. Tapi jarang-jarang sekali dapat bertemu Intan. Bila ditanya Uminya..

“Tanyalah dia. Kalau nak, usaha penting.”Umi Hamimah hanya tersenyum.

Kalau mereka bertemu sahaja, pasti ada yang membuatkan Intan panas hati. Tapi gadis itu masih boleh menerima kehadiran Fazrul kerana dapat dilihat kasih sayangnya kepada Batrisya.

Dikucupnya Batrisya berkali-kali. Anak itu tersengih-sengih dengan gusinya. Entah apa yang dicakapnya tidak difahami. Intan bagaikan tidak mahu lepaskan ‘anaknya’ itu kepada Fazrul meskipun dia masih tidak berganjak dari sisinya.

“Isya je dapat cium? Papanya? Aiii..untung Isya..ada orang nak cium. Macam saya ni, sapalah yang nak cium yer..mati pun sorang-sorang aje kot. Sukakan orang tu, tapi tak dilayan.” Seperti rajuk bunyinya. Intan sedikitpun tidak pedulikan kata-kata Fazrul. Intan terus berlalu bersama si kecil ke taman. Bertenggek dibangku dan melayan cintanya. Bercakap dengan Batrisya yang kecil itu lebih menarik perhatian.

Fazrul Amin mengeluh perlahan. Wanita dihadapannya itu sedikitpun tidak memberi ‘respon’. Sedikit kecewa. Kadang dia terfikir apa kurangnya dia sampai Intan tak sudi untuk melayan gurauannya.

‘Nak kata aku ni tak handsome, ramai je yang tergila-gilakan aku. Minah salih pun ada yang tangkap cintan. Anak melayu pun ada yang tak sudah-sudah mengejar aku. Tapi yang sorang ni susah betul. Bila aku dah sedia nak bersama seseorang, susah pula nak lekat.’

Umi Hamimah memerhati anaknya dari jauh.

“Fazrul kena amik hati dia. Bukan sakitkan hati dia. Kalau dah tahu dia tak boleh dibawa bergurau, jangan. Mengorat pun umi kena ajar ker? Ish..budak ni.”

“Kan Fazrul dah minta umi masuk meminang, tapi umi tak nak. Risaulah kot terlepas kat orang lain. Gigit jari nanti.”

Cuba tengok Intan tu. Mana ada layan lelaki. Umi tahu semua cerita dia. Kalau betul Fazrul suka, tunjukkan.” Umi berlalu untuk menguruskan budak-budak makan tengahari.

Melayan karenah Batrisya membuat Intan puas. Sebentar tadi, Intan telah memaklumkan kepada Bella bahawa dia mengambil cuti setengah hari. Tidak sanggup rasanya meninggalkan Batrisya sedangkan sudah tiga hari tidak dijenguk anak itu.

“Intan tak suka saya ke?” Fazrul cuba merapati Intan yang leka bermain bersama Batrisya. Intan lantas memandang dan tersenyum. Persoalan yang sudah lama bersarang dibenaknya tak dapat dibendung lagi.

“Awak rasa saya boleh percayakan awak?” Intan mencari anak mata Fazrul yang dari tadi memandangnya.

“Boleh kalau awak rasa saya berhak untuk mendapat kepercayaan. Tapi kalau tak, dapat berkawan dengan awak pun saya rasa dah cukup bertuah.” Ditenung Intan yang kelihatan begitu teliti mendengar. Dilemparkan senyuman. Wanita itu juga turut membalas. Dalam hatinya dia yakin wanita itu pasti akan menjadi miliknya.

Intan terus melayan karenah Batrisya. Anak itu merangkak ke riba Fazrul. Intan cuma memerhati. Melihat cara Fazrul melayan Batrisya, berbunga hatinya. Tapi kadang-kala terfikir juga bagaimana kalau Fazrul terlalu rapat dengan ‘anaknya’?.Mungkin dia akan menghadapi masalah besar nanti.

‘Ah! Biarlah. Isya hak aku sekarang.’

“ Isya..meh kat ibu. Ala cayang bucuk ibu..” Anak yang berada diriba Fazrul merangkak mendapatkan Intan. Tersengih-sengih Batrisya melihat ibunya. Dikucup Batrisya berkali-kali.

“Come to papa cayang..ala bucuk-bucuk..” Tersenyum-senyum Intan melihat gelagat Fazrul yang tak ubah seperti badut melayan Batrisya.

‘Boleh tahan juga dia ni. Apa salahnya kalau aku bagi peluang pada yang sudi..ye tak?’ tersenyum sendiri.

“Isya, tengok ibu tu..tersengih sorang-sorang. Dia tak nak kongsi pun dengan papa.”

Sambil memandang Intan dan Batrisya silih berganti. Anak yang tidak memahami apa-apa itu hanya melayani dirinya sendiri. Kadang anak itu merangkak ke kiri, kadang ke kanan.

“Orang tu sibuk aje kan Isya. Kita nak spend time berdua pun tak boleh. Ada aje yang menganggu kan?” Dipandangnya Fazrul sekilas. Fazrul tersenyum puas. Akhirnya ada juga sedikit ‘respon’ dari Intan. Kini dia tahu sekurang-kurangnya ada peluang untuk menambat hati puteri hatinya itu.

No comments:

Post a Comment